Wednesday 9 May 2012

Apa itu MENAAKUL ?


Apakah Kemahiran Menaakul?
Apakah itu menaakul (reasoning)? Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning).

Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran aras tinggi.

Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah seperti berikut:

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.

Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.

Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)    Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
(ii)     Perhatikan cirri yang sepunya
(iii)    Buat satu kesimpulan atau pengitlakan
 
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti situasi umum
(ii)    Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik

DIDIK HIBUR


oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
 
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i)     Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii)     Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii)     Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv)    Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan  pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v)     Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi)    Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii)    Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii)    Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik  dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix)      Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x)       Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i )   Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii )  Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii)   Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv)   Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v)    Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi)   Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii)   Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii)  Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix)   Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x)   Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
 
( i )   Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii )   Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii )  Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv )  Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v )  Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi )  Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran

Thursday 26 April 2012

Album- percubaan pertama

Click to play this Smilebox slideshow
Bahagian  ini  mengandungi  video  yang  ku  buat  dengan  movie maker, buat tatapan  adinda ku  tersayang
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Customize your own free slideshow design
Click to play this Smilebox scrapbook
Ini  adalah  percubaan  pertamaku  menggunakan  aplikasi  smilebox  setelah  gagal memasukkan  video yang kubuat dengan movie maker.. seperti biasa  tanpa berguru  aku menggunakan  kaedah  cuba  jaya!
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a scrapbook design

Sunday 22 April 2012

mikropengajaran

Mikropengajaran  dengan kemahiran memulakan  pengajaran  ini  sebenarnya  tidak dirancang pun  untuk pengambaran , tetapi  puteriku yang sedang  rehat tahap 2 ketika itu dengan sengaja masuk ke dalam kelas 1 Dakota dan merakam sesi  pengajaran  tersebut menggunakan Nokia N97, begitulah sebenarnya aku dan murid - murid 1 Dakota , memang banyak kelemahan apatah lagi rakaman tidak dapat dilanjutkan kerana  murid  tahun 1 perlu ke dewan terbuka SK KLIA kerana ada taklimat kesihatan  maka  catatan atau refleksi hari itu  ialah  P  & P perlu diulang semula kerana objektif tidak tercapai..
Saya  kemudian  cuba  mengedit  video  menggunakan  movie maker dengan  kaedah  cuba  jaya, maklumlah  dah  lama  tak  menggunakan  perisian  tersebut, alhamdulillah berjaya  walaupun berulang  kali  dan  tidak  serik  dengan  kehilangan  rakaman  video P & P semasa sem 2 yang  lalu . Kegagalan semasa sem 2 membuat saya lebih berhati - hati .. saya  telah  menyediakan  " backup" terlebih dahulu. saya tak mahu pisang berbuah dua kali, kegagalan lepas mendatangkan gangguan  emosi  yang  sangat  besar  impaknya , saya tertekan sehingga lupa hampir kebanyakkan kata laluan " pasword" beberapa perkara dan yang paling teruk saya lupa pasword Myguru3! lantas saya jadi takut dengan komputer, tetapi Allah  masih sayangkan saya, diberinya lagi kekuatan dan semangat . saya akan  terus  berusaha  dan   mencuba  sehingga berjaya


Jom  layan ~ 

Friday 20 April 2012

RPH Modular Membaca tahun 1

Bersama  -  sama  ini  adalah  contoh  RPH  bahasa  Malaysia  tahun  1 dengan  modular  membaca
Mari  lihat

Rancangan Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 Dakota. SK KLIA

Bersama  -  sama  ini  adalah  contoh  rancangan  pengajaran harian  bahasa  Malaysia  tahun  1  untuk  tahun  1  Dakota.  Buat  sementara  ini, saya  hanya  masukkan contoh RPH  yang  saya dan  rakan guru bina  semasa  kami  membina  modul  guru  bersama dengan  BPK , Saya  akan  memasukkan  vedio pengajarannya kemudian  sebab aktiviti  P  &  P  belum  dilaksanakan. Akan tetapi  bersama - sama  ini  juga  saya  sertakan  vedio P & P bahasa Malaysia  yang  telah  dirakam  oleh  anak  saya untuk  mikro  pengajaran  dengan  kemahiran  memulakan  pengajaran, Pengambaran  tidak dapat  dijalankan  sehingga  selesai  kerana  pada  hari  tersebut  murid  tahun  1 terlibat  dengan  1  taklimat  kesihatan  di  dewan...saya  terlupa..

Kita  Lihat  Dulu  RPH  ini

Saturday 14 April 2012

Aktiviti SK KLIA

1.   Bersama - sama kita  tonton  aktiviti  sempena  minggu  bahasa  Inggeris SK KLIA.Video tidak  begitu  bagus  al maklumlah, tidak  begitu  mahir  dan  alat juga  tidak  canggih, hanya  sekadar  sebuah  telefon bimbit .Namun ini  adalah percubaan  pertama , tanpa berguru, hanya melalui kaedah  cuba jaya dan dapatan maklumat dari internet.  terima  kasih  kepada bloger yang rajin  dan tidak  kedekut  ilmu , mungkin  satu  hari  nanti  boleh pergi  belajar untuk  menghasilkan  sebuah  rakaman  yang  benar - benar cemerlang...

2. Nyanyian  sempena  pelancaran  program  nilam  di  SK  KLIA,