Ini adalah percubaan pertamaku menggunakan aplikasi smilebox setelah gagal memasukkan video yang kubuat dengan movie maker.. seperti biasa tanpa berguru aku menggunakan kaedah cuba jaya!
Mikropengajaran dengan kemahiran memulakan pengajaran ini sebenarnya tidak dirancang pun untuk pengambaran , tetapi puteriku yang sedang rehat tahap 2 ketika itu dengan sengaja masuk ke dalam kelas 1 Dakota dan merakam sesi pengajaran tersebut menggunakan Nokia N97, begitulah sebenarnya aku dan murid - murid 1 Dakota , memang banyak kelemahan apatah lagi rakaman tidak dapat dilanjutkan kerana murid tahun 1 perlu ke dewan terbuka SK KLIA kerana ada taklimat kesihatan maka catatan atau refleksi hari itu ialah P & P perlu diulang semula kerana objektif tidak tercapai.. Saya kemudian cuba mengedit video menggunakan movie maker dengan kaedah cuba jaya, maklumlah dah lama tak menggunakan perisian tersebut, alhamdulillah berjaya walaupun berulang kali dan tidak serik dengan kehilangan rakaman video P & P semasa sem 2 yang lalu . Kegagalan semasa sem 2 membuat saya lebih berhati - hati .. saya telah menyediakan " backup" terlebih dahulu. saya tak mahu pisang berbuah dua kali, kegagalan lepas mendatangkan gangguan emosi yang sangat besar impaknya , saya tertekan sehingga lupa hampir kebanyakkan kata laluan " pasword" beberapa perkara dan yang paling teruk saya lupa pasword Myguru3! lantas saya jadi takut dengan komputer, tetapi Allah masih sayangkan saya, diberinya lagi kekuatan dan semangat . saya akan terus berusaha dan mencuba sehingga berjaya
Bersama - sama ini adalah contoh rancangan pengajaran harian bahasa Malaysia tahun 1 untuk tahun 1 Dakota. Buat sementara ini, saya hanya masukkan contoh RPH yang saya dan rakan guru bina semasa kami membina modul guru bersama dengan BPK , Saya akan memasukkan vedio pengajarannya kemudian sebab aktiviti P & P belum dilaksanakan. Akan tetapi bersama - sama ini juga saya sertakan vedio P & P bahasa Malaysia yang telah dirakam oleh anak saya untuk mikro pengajaran dengan kemahiran memulakan pengajaran, Pengambaran tidak dapat dijalankan sehingga selesai kerana pada hari tersebut murid tahun 1 terlibat dengan 1 taklimat kesihatan di dewan...saya terlupa..
1. Bersama - sama kita tonton aktiviti sempena minggu bahasa Inggeris SK KLIA.Video tidak begitu bagus al maklumlah, tidak begitu mahir dan alat juga tidak canggih, hanya sekadar sebuah telefon bimbit .Namun ini adalah percubaan pertama , tanpa berguru, hanya melalui kaedah cuba jaya dan dapatan maklumat dari internet. terima kasih kepada bloger yang rajin dan tidak kedekut ilmu , mungkin satu hari nanti boleh pergi belajar untuk menghasilkan sebuah rakaman yang benar - benar cemerlang...
2. Nyanyian sempena pelancaran program nilam di SK KLIA,